Apple iPhone 4S Di Malaysia Pada 16 Disember?

Apple iPhone 4S Di Malaysia Pada 16 Disember?

Diterbitkan pada November 17, 2011 oleh .

Salah satu perkara yang dinantikan ramai peminat iPhone adalah iPhone generasi terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 4S. Sehingga kini ia masih lagi tidak diketahui bilakah Apple akan melancarkan iPhone 4S secara rasminya di Malaysia. Namun begitu, menariknya beberapa informasi dalaman yang didapati daripada pihak MalaysianWireless mengatakan yang mana syarikat telekomunikasi tempatan bersedia untuk melancarkan iPhone 4S pada 16 Disember ini di Malaysia.


iPhone 4S Dan Samsung Galaxy Note

Sebelum ini, Apple diperkatakan mensasarkan untuk melancarkan peranti mereka di Malaysia pada bulan November ini. Namun disebabkan beberapa perkara, ia telah ditangguhkan dan kini diperkatakan Apple mensasarkan untuk melancarkan iPhone 4S di Malaysia bersama-sama syarikat telekomunikasi seperti Celcom, DiGi dan juga Maxis pada tarikh tersebut – 16 Disember.

Jadi, sama-sama kita nantikan peranti tersebut dilancarkan di Malaysia dalam tempoh kurang sebulan lagi. Mungkin harga dan pakej turut sama akan diumumkan ketiga-tiga gergasi telekomunikasi tersebut pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN