Setelah kami tertinggal satu edisi Zeitgeist pada minggu lepas, untuk minggu ini kami bawakannya seperti biasa kembali, dimana sepanjang minggu lepas, carian di Google Malaysia dilihat lebih tertumpu kepada sektor hiburan, yang mana sememangnya antara perkara yang dicari-cari oleh para pengguna internet Malaysia.
Berikut merupakan carian terhangat di Google Malaysia sepanjang 11 November sehingga 17 November yang lepas:
Zarina Anjoulie Lavocah / Zarina
Artis kontroversi ini telah pun dikritik oleh para peminat apabila Zarina muncul dengan gaya baru untuk menghiasi kulit majalah FHM Indonesia.
Nabila Huda
Berita mengenai penceraian anak Amy Search mula mendapat carian dan perhatian ramai pengguna internet Malaysia.
Sea Games / Sukan Sea 2011
Ramai rakyat Malaysia mula membuat carian berita dan mengikuti kemaskini semasa bilangan pingat yang dipungut untuk Sukan SEA ke 26 yang diadakan di Indonesia.
AIM 2011
Ramai artis dan penyanyi wanita memenangi Anugerah Industri Muzik 2011, dimana Yuna menjadi artis yang memenangi paling banyak anugerah pada malam tersebut.
Chef Riz
Anak Chef Wan mula mendapat perhatian ramai, apabila ia dilaporkan yang mana anak Chef Wan ini menambah beberapa perkara pada resume, dan diminta supaya dibuang daripada menjadi juri untuk rancangan realiti masakan, Masterchef Malaysia.
Immortals
Filem terbaru yang dimainkan di wayang, mengisahkan pada zaman perang di Greece, mengisahkan Theseus yang mengetuai tentera beliau untuk memerangi dewa Greek dan juga Titan dalam menyelamatkan manusia.
Sasha Grey
Bekas pelakon lucah ini mempertahankan lawatan beliau ke sekolah di Amerika Syarikat, yang mana mendapat perhatian ramai.
Modern Warfare 3
Salah satu permainan yang dinantikan ramai pencinta genre tembak-menembak, yang mana membawakan grafik lebih menarik lagi, dan meneruskan siri permainan Call of Duty.
Skyrim
Salah satu permainan terbaru yang dibangunkan oleh Bethesda Game Studio, iaitu The Elder Scrolls V : Skyrim. Telah dilancarkan pada 11 November 2011 untuk PC, PlayStation 3 dan juga Xbox 360.
Samsung Galaxy Note
Pada minggu lepas juga, kita dapat melihat peranti terbaru daripada Samsung dilancarkan di Malaysia, dan mula dijual pada harga RM2299, selain turut ditawarkan bersama oleh DiGi dan juga Celcom melalui pakej mereka masing-masing.