Salah satu acara yang amat diminati ramai adalah TEDx yang mana membincangkan pelbagai perkara menarik didunia, sekaligus pada masa yang sama membangkitkan semangat dan kreaitivi, serta berkongsi idea dan pendapat daripada penyampai melalui slot beberapa minit mereka. Dan menariknya, bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur, boleh sertai acara TEDxYouth@KL pada hujung minggu ini.
TEDxYouth@KL bakal diadakan di KLCC pada 19 November ini. Acara berbayar ini akan menampilkan ramai penyampai popular dalam industri masing-masing, termasuk Joel Neoh – CEO Groupon Malaysia, Reza Salleh – seorang penyanyi dan pengubah muzik, Deborah Henry – Miss Malaysia, dan ramai lagi, dimana masing-masing akan bercakap dan sembang akan topik berkaitan “We Have A Dream”.
Dan menariknya untuk para pembaca Amanz, anda boleh memenangi tiket untuk ke acara tersebut secara percuma. Anda hanya perlu meninggalkan komen, dan membuat beberapa perkara seperti berkongsi dilaman sosial dengan mudah, dan dua pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Kotak komen akan ditutup tepat pada pukul 2 petang hari jumaat 18 november kelak. Terima kasih kepada pihak TEDxYouth@KL sebagai penaja.