Halaman Facebook Events Yang Baru Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna

Halaman Facebook Events Yang Baru Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna

Diterbitkan pada November 17, 2011 oleh .

Kami tidak pasti sejak bila, tetapi kelihatan yang mana laman Facebook Event kini telah pun menerima perubahan dan beberapa kemaskini, dan telah pun diperkenalkan kepada semua buat masa sekarang ini. Antara perubahan yang benar-benar nampak adalah penggunaan ikon dan juga integrasi Bing Maps pada halaman Facebook Event, menjadikannya lebih interaktif.

Sehingga kini, kadang-kala para pengguna terpaksa menyertakan data seperti alamat lokasi dan sebagainya yang mana sukar untuk diketahui kedudukan sebenarnya. Kini dengan sokongan integrasi peta pada halaman Facebook Events, ia sekaligus memudahkan mereka yang ingin hadirkan diri mengetahui lokasi. Selain daripada itu butang penerimaan kehadiran juga turut sama telah diubah, mengubah kepada Join atau Decline.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat beberapa lagi perubahan yang dilakukan oleh Facebook. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah Facebook akan mengubah dan memperkenalkan Facebook Timeline kepada umum.


TIPS & ULASAN