Cari @ Amanz

Pembangun Tema WordPress Di Indonesia Di Saman Facebook

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin ramai pembangun bebas tema WordPress yang suka klon akan rekabentuk lain perlu mengambil-berat perkara ini, dimana hari ini, Facebook dilaporkan menuntut sebanyak RP2 Miliar daripada pembangun tema di Indonesia, yang mana membangunkan tema WordPress dinamakan sebagai Smells Like Facebook.

Tuntutan tersebut dikatakan dihantar oleh wakil Facebook di Indonesia – adalah kerana menggunakan rekabentuk yang menyerupai laman Facebook, selain beberapa tuntutan lain turut sama dihantar terhadap pembangun tema tersebut. Untuk makluman, tema Smells Like Facebook membawakan rekabentuk yang amat menyerupai Facebook, selain mana turut mengintegrasikan beberapa sokongan menarik padanya.

Mengambil langkah awal, pembangun tersebut telah pun mengumumkan penghentian pembangunan tema tersebut pada halaman rasmi tema tersebut, selain mana tema tersebut juga turut telah dibuang daripada WordPress Theme Directory.


Komen ()