Amazon Bakal Menceburi Industri Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan?

Amazon Bakal Menceburi Industri Telefon Pintar Pada Tahun Hadapan?

Diterbitkan pada November 18, 2011 oleh .

Amazon merupakan salah satu nama besar dalam penjualan beberapa buah produk, dan salah satunya adalah buku. Beberapa bulan yang lepas, mereka turut sama telah memperkenalkan keluarga tablet sepenuhnya, menambah lagi portfolio dibawah mereka, dan kini dilaporkan yang mana Amazon turut sama akan mengeluarkan telefon pintar mereka tidak lama lagi.

Ia disasarkan Amazon bakal memperkenalkan telefon pintar tersendiri pada suku tahun ke-empat 2012 kelak. Memandangkan sebelum ini, Kindle Fire menggunakan Android yang diubah-suai sebagai platformnya, mungkin kita akan dapat perkara sama pada telefon pintar ini, apatah lagi Amazon sendiri mempunyai beberapa perkhidmatan untuk pengguna Android, dan salah satunya adalah Amazon AppStore. Sebelum ini, ia pernah turut diura-ura akan yang mana Amazon mungkin mengambil-alih webOS.

Namun segala perkara mungkin masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin kita akan mengetahui lebih banyak mengenai perkara ini


TIPS & ULASAN