Cari @ Amanz

Salah satu pertanyaan yang sering ditanya oleh para pengguna adalah bagaimana untuk mendapatkan fail-fail yang terpadam pada media USB ataupun mikro-SD. Dan untuk mengatasi perkara ini, kini para pengguna boleh menggunakan beberapa aplikasi sedia-ada yang ditawarkan, dan salah satunya adalah Recuva.

Walaubagaimanapun, versi percuma yang ditawarkan adalah terhad, namun masih boleh digunakan untuk mendapatkan beberapa fail yang terhilang. Namun seperti semua sedia maklum, bukan semua fail yang terpadam dapat dicari, dan ia masih sukar untuk mendapatkan beberapa fail yang terpadam sepenuhnya.

Namun, bagi mereka yang berminat mungkin boleh mencuba nasib dengan menggunakan aplikasi ini, dan sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi serupa, boleh kongsikannya bersama pembaca lain diruangan komen.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd