Setelah mengeluarkan kod sumber Android 4.0 Ice Cream Sandwich kepada umum pada awal minggu ini, kini pada hari ini, laman Android.com telah pun dikemaskini oleh pihak Google, memfokuskan kepada Ice Cream Sandwich, dan juga menariknya, laman tersebut kini lebih mesra pembangun berbeza dengan laman Android.com sebelum ini.
Sebelum ini, laman Android.com lebih memfokuskan kepada pembangun sahaja, dan berfungsi sebagai salah satu portal rujukan untuk mereka. Namun, melalui kemaskini yang diperkenalkan, Android.com membolehkan pengguna baru mengenali Android dengan lebih mudah, selain mendapatkan aplikasi dan juga pautan khas untuk para pembangun.
Menarik : Perhatikan bahagian footer untuk melihat animasi robot Android.