Kini Anda Boleh Membuat Panggilan Video Ke Rakan Facebook Terus Melalui Skype
Aman
Mungkin semua sedia maklum yang mana Facebook sebelum ini telah pun memperkenalkan fungsi panggilan video hasil kerjasama bersama-sama dengan pihak Skype milik Microsoft. Dan kini, melalui kemaskini aplikasi Skype yang diperkenalkan oleh pihak Skype, para pengguna Skype kini boleh terus membuat panggilan video kepada rakan-rakan Facebook mereka dengan mudah terus melalui aplikasi tersebut.
Untuk memulakan panggilan video, terlebih dahulu, para pengguna perlu menghubungkan akaun Facebook mereka bersama-sama dengan akaun Skype, dan seterusnya hanya perlu memlih nama rakan mereka di Facebook, dan seterusnya terus membuat panggilan terus menggunakan aplikasi Skype.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Skype 5.4 Beta untuk Mac ataupun Skype 5.7 Beta untuk Windows. Sesuatu perkara yang amat mendukacitakan adalah kerana masih tiada sokongan Facebook diperkenalkan untuk versi Linux.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.