DiGi Bersama-sama Google Kini Menawarkan Perkhidmatan GMail SMS

DiGi Bersama-sama Google Kini Menawarkan Perkhidmatan GMail SMS

Diterbitkan pada November 18, 2011 oleh .

Syarikat telekomunikasi terkemuka DiGi hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama-sama dengan pihak Google, dimana melaluinya, para pengguna DiGi boleh menggunakan perkhidmatan GMail terus melalui SMS,sekaligus memudahkan para pengguna DiGi menggunakan perkhidmatan emel daripada pihak DiGi terus melalui SMS.

Perkara ini sekaligus menjadikan DiGi sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan GMail SMS. Melalui perkara ini, ia sekaligus memudahkan para pengguna mengikuti kemaskini semasa GMail mereka melalui sebarang peranti mudah-alih dengan sokongan SMS.

Bagi yang tidak ketahui akan GMail SMS, melaluinya ia membolehkan para pengguna menggunakan perkhidmatan emel GMail pada peranti biasa, dimana para pengguna boleh menghantar mesej teks percuma terus melalui akaun GMail, dan sebarang balasan akan diperlihatkan melalui ruangan GMail Chat.

Bagi pengguna DiGi, perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma – dimana para pengguna boleh menerima semua kemaskini secara percuma, manakala setiap mesej yang dihantar melalui SMS dari telefon ke GMail akan dicaj RM0.10 setiap SMS.


TIPS & ULASAN