Gezt – Laman Komuniti Blog Seumpama GengBlogger Diperkenalkan

Gezt – Laman Komuniti Blog Seumpama GengBlogger Diperkenalkan

Diterbitkan pada November 18, 2011 oleh .

Daripada pembangun disebalik laman MyResipi, kini beliau membawakan laman komuniti baru, lebih kurang sama seperti GengBlogger, dinamakan sebagai Gezt. Melaluinya, ia memfokuskan kepada komuniti penulis blog, dan menggunakan akaun Twitter sebagai medium untuk mendaftar laman tersebut. Buat masa ini, laman ini masih lagi pada fasa ujian lagi.

Gezt dilihat mensasarkan pasaran global, berbeza dengan GengBlogger, walaupun kelihatan gaya lebih kurang sama. Tetapi buat masa ini, Gezt masih lagi dipenuhi dengan para penulis blog dari Malaysia.

Kegunaan

Gezt buat masa ini dilihat masih lagi memfokuskan kepada sokongan ping secara manual, selain mana turut menyertakan ruangan sembang diantara komuniti, dan memperkenalkan beberapa kumpulan yang berkongsi akan minat yang sama.

Melalui perbualan ringkas kami bersama-sama dengan pihak pembangunnya, ia kelihatan yang mana pada masa hadapan kelak, Gezt mensasarkan untuk turut memperkenalkan sebuah pasar maya, seumpama seperti ThemeForest, membolehkan jual beli barangan dan produk untuk para penulis blog dan pembangun laman web. Namun begitu ia masih lagi tidak diketahui bilakah fungsi tersebut akan diperkenalkan pada laman Gezt.

Beberapa masalah dikenal-pasti

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, ia masih lagi mempunyai beberapa masalah yang dikenal-pasti. Salah satunya adalah dimana Gezt membuat halaman untuk setiap akaun Twitter yang wujud, samada adakah ia wujud ataupun tidak. Salah satu contohnya adalah halaman @NajibRazak yang kelihatan aktif, walaupun tidak memperlihatkan avatar dan beberapa ruangan. Mungkin pihak pembangunnya perlu mengatasi perkara ini, dan memperlihatkan halaman untuk sesiapa yang mendaftarkan diri sahaja.

Selain daripada itu, ia juga masih membawakan nafas dan rekabentuk lebih kurang seperti GengBlogger. Mungkin pembangunnya masih perlu memperkenalkan sesuatu yang baru, mungkin dari segi antaramuka, susun-atur ataupun fungsi padanya. Fungsi memperlihatkan penulis blog dan komuniti mengikut bandar juga masih lagi belum diaktifkan sepenuhnya walaupun pautan diperlihatkan pada bahagian bawah laman tersebut.

Penutup

Gezt masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin para pembangunnya perlu memperkenalkan salah satu perkara unik, selain memastikan laman tersebut tidak menghadapi masalah, atau mudah digodam seperti berlaku pada beberapa laman sebelum ini. Fungsi seumpama ThemeForest yang disasarkan untuk diperkenalkan adalah salah satu perkara yang menarik, dan mungkin akan berguna kepada pengguna dan penulis blog tempatan.


TIPS & ULASAN