Google+ Mendapat Sokongan Muzik Melalui Integrasi Google Music

Google+ Mendapat Sokongan Muzik Melalui Integrasi Google Music

Diterbitkan pada November 18, 2011 oleh .

Google Music baru-baru ini telah pun keluar daripada versi beta, dan menariknya, kini perkhidmatan tersebut turut sama diintegrasikan bersama-sama dengan sokongan Google+, membolehkan para pengguna Google Music berkongsi lagu-lagu kegemaran mereka bersama-sama dengan rakan mereka yang lain di Google+.

Melaluinya, para pengguna boleh membeli Google Music, dan seterunya berkongsi lagu yang dibeli itu bersama rakan yang lain di Google+. Dan menariknya, rakan-rakan anda boleh mendengarkan lagu itu secara percuma sekali, selain pada masa yang sama, turut memberikan impak jualan pada Google Music.

Untuk makluman semua, Apple sebelum ini pernah mencuba untuk mengintegrasikan muzik dan sosial melalui Ping, selain MySpace yang turut gagal dengan laman sosialnya. Kini, Facebook baru-baru ini turut telah mengumumkan sokongan muzik bersama-sama beberapa rakan kerjasama yang lain. Dan kini, Google+ mengintegrasikan sokongan muzik. Mungkinkah ia akan berjaya?


TIPS & ULASAN