Mungkin ramai yang sudah biasa dengan laman muat-naik fail percuma, seperti Dropbox, RapidShare dan sebagainya. Namun, untuk urusan jual beli dan sebagainya ia agak sukar sedikit. Untuk mengatasi perkara ini, salah seorang pembangun daripada Malaysia telah pun membangunkan sebuah laman dipanggil sebagai Upload-n-Sell yang mana masih lagi pada peringkat beta buat masa ini.
Apa yang menariknya mengenai adalah dimana ia memfokuskan kepada usahawan dengan produk digital, membolehkan para pengguna yang berminat, memuat-naik produk mereka, menetapkan harga dan memulakan jualan dengan mudah.
Untuk urusan transaksi, laman tersebut menggunakan PayPal. Dan menariknya, laman tersebut tidak mengambil sedikit pun wang komisyen untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Perkara ini adalah kerana Upload-n-Sell mensasarkan untuk memperkenalkan akaun berbayar tidak lama lagi.
Jadi, bagi mereka yang ingin memulakan jualan digital, tetapi tidak ingin membangunkan laman sendiri, mungkin anda boleh menggunakan perkhidmatan Upload-N-Sell ini, dan mula menguruskan halaman jual-beli anda dengan mudah.