Google+ Memperkenalkan Topik Terhangat Dan Sokongan Tag Gambar

Google+ Memperkenalkan Topik Terhangat Dan Sokongan Tag Gambar

Diterbitkan pada November 19, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada Twitter, kini Google turut sama memperkenalkan sokongan topik terhangat yang diperbincangkan pengguna Google+ secara menyeluruh, dimana buat masa ini, ia hanya diperlihatkan apabila para pengguna melakukan carian, dan topik terhangat diperlihatkan dibahagian kanan laman tersebut.

Namun begitu, fungsi ini masih lagi tidak diumumkan oleh Google secara rasmi, dan mungkin masih di fasa ujian. Mungkin tidak lama lagi, ia juga turut diintegrasikan pada halaman utama. Namun perkara ini masih tidak dapat disahkan lagi.

Selain daripada topik terhangat ini, Google juga memperkenalkan sokongan untuk tag rakan-rakan pada gambar dengan mudah, dimana kini anda boleh menambah tag nama rakan anda pada gambar, dan memandangkan Google+ mementingkan privasi, rakan anda akan menerima notifikasi untuk mengesahkan perkara tersebut ataupun tidak.

Dengan pengenalan sokongan Google+ Pages pada tempoh hari, kini kelihatan pasukan pembangun Google+ bergerak pantas dengan memperkenalkan satu demi satu fungsi baru. Mungkin lebih banyak fungsi baru akan diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN