Aplikasi Windows Phone Kini Berjumlah Lebih 40,000 Aplikasi

Aplikasi Windows Phone Kini Berjumlah Lebih 40,000 Aplikasi

Diterbitkan pada November 19, 2011 oleh .

Sedikit demi sedikit, bilangan aplikasi untuk Windows Phone bertambah hari demi hari, dan hari ini, ia dilaporkan yang mana bilangan aplikasi di Windows Phone Marketplace telah berjumlah lebih daripada 40,000 aplikasi. Dan ia turut disasarkan yang mana jumlah bilangan aplikasi untuk Windows Phone akan berjumlah lebih 50,000 pada awal Januari kelak sekiranya trend ini berterusan.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah dimana sokongan Marketplace masih lagi tidak diperkenalkan sepenuhnya di Malaysia lagi, menjadikan populariti Windows Phone masih tidak seperti platform lain lagi. Mungkin kita akan melihat ia dilancarkan sekitar awal tahun hadapan, salah satu sebab mengapa Nokia tidak mengumumkan Lumia untuk pasaran Malaysia pada tahun ini.


TIPS & ULASAN