Cari @ Amanz

Wikipedia merupakan salah satu laman yang mungkin semua pengguna internet sedia kenali, dimana melaluinya ia menawarkan pelbagai kandungan dan menjadi pusat rujukan utama untuk warga internet. Kini, setelah lebih 10 tahun beroperasi, Wikipedia telah pun mempunyai lebih daripada 17 juta artikel dalam 270 bahasa berbeza.

Namun, dengan penambahan pelbagai penulis dari hari ke hari, kualiti beberapa artikel adalah amat rendah, berbanding yang lain yang amat tinggi. Kini, perkara itu semestinya diberikan perhatian serius oleh Wikipedia, dan semestinya dekad kedua Wikipedia akan menawarkan pelbagai lagi perkara menarik untuk laman yang dicintai ramai itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd