iPad Generasi Baru Yang Sedikit Tebal Berbanding iPad 2 Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Mac

iPad Generasi Baru Yang Sedikit Tebal Berbanding iPad 2 Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Mac

Diterbitkan pada November 20, 2011 oleh .

Setelah telefon pintar iPhone 4S diumumkan oleh pihak Apple pada bulan lepas, dan masih dinantikan pelancarannya di Malaysia, yang mana dilaporkan bakal dilancarkan sekitar bulan Disember kelak, kini ura-ura berkaitan tablet daripada Apple, iaitu iPad generasi baru mula kedengaran satu per satu, dan dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Mac 2012 kelak.

iPad 3 dilaporkan akan lebih tebal daripada iPad 2 disebabkan oleh skrin beresolusi tinggi yang disertakan padanya. Ia dikatakan iPad baru ini kelak akan setebal 9.5mm, berbanding iPad 2 setebal 8.8mm. Namun, masih lagi nipis daripada iPad asal setebal 13.4 mm.

Selain daripada resolusi tinggi pada skrin, fungsi baru yang bakal didatangkan masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Dan salah satu pertanyaan menarik adalah adakah iPad generasi baru akan mengintegrasikan kepintaran buatan – Siri ataupun tidak bersama dengannya.


TIPS & ULASAN