Carian
Bolehkah BrowserID Daripada Mozilla Berjaya Dan Digunakan Ramai?
November 20, 2011 Aman

BrowserID merupakan salah satu projek daripada Mozilla yang pernah kami tuliskan sebelum ini. Kini, Mozilla telah pun mengumumkan yang mana dalam masa beberapa bulan lagi, mereka akan mengintegrasikan sepenuhnya BrowserID pada laman-laman dibawah Mozilla, sekaligus mula mempopularkan penggunaan BrowserID itu dengan lebih meluas lagi.

Apa Itu BrowserID?

Bagi mereka yang tidak ketahui apakah itu BrowserID, ia merupakan salah satu usaha Mozilla dalam memperkenalkan cara log masuk yang seragam, iaitu dengan menggunakan alamat emel sahaja. Ia diintegrasikan sepenuhnya pada pelayar web untuk memudahkan penggunaan, dan dioptimasikan untuk privasi sepenuhnya.

Walaupun ia merupakan produk Mozilla, mereka mengatakan yang mana mereka akan menyeragamkan penggunaannya, dan membolehkan para pembangun pelayar web yang lain turut mengintegrasikan fungsi tersebut. Para pembangun web juga boleh mengintegrasikannya dengan hanya menyertakan sedikit kot JavaScript sahaja.

Jadi, persoalannya sekarang, adakah pembangun pelayar web lain akan mengintegrasikannya dan menjayakannya ataupun sebaliknya?

Terima kasih Abdul Karim

Komen