Ramai Pengguna Malaysia Gemar Membeli Tiket Penerbangan Melalui Atas-Talian

Ramai Pengguna Malaysia Gemar Membeli Tiket Penerbangan Melalui Atas-Talian

Diterbitkan pada November 20, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia kenali akan SocialShout, salah satu perkhidmatan menarik yang menawarkan ganjaran kepada para pengguna yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menariknya, mereka telah pun menjalankan sebuah bancian ringkas mengenai dunia perniagaan digital di Malaysia, dan telah pun mengeluarkan laporan menarik berkaitan dengannya.

Daripada laporan yang dikeluarkan oleh mereka, berikut merupakan beberapa perkara penting dan menarik berkaitan dengan dunia e-perniagaan di Malaysia:

  • 62.5% daripada pengguna Malaysia yang membeli atas talian – membeli tiket kapal terbang secara atas-talian.
  • 59.4% telah atau akan membeli pakaian secara atas-talian.
  • 56.3% akan membeli barangan elektronik secara atas-talian.
  • 53.1% teringin membeli kasut secara atas-talian.
  • Sebanyak 37.5% memperkatakan ingin menempah hotel melalui internet.
  • Hanya sebanyak 6.3% teringin membeli beg pakaian secara atas-talian.

Untuk makluman semua, SocialShout menawarkan mata ganjaran yang mana membolehkan para pengguna menukarkannya dengan baucar diskaun untuk digunakan untuk membeli melalui laman mereka. Versi beta SocialShout dijangka akan dilancarkan pada bulan Disember kelak.

Pada masa yang sama, SocialShout juga berkongsi yang mana Facebook kini menghampiri sejumlah 12 juta pengguna di Malaysia, dan Twitter kini merupakan laman ke-9 paling dilawati pengguna tempatan, memperlihatkan peningkatan dunia rangkaian sosial di Malaysia.


TIPS & ULASAN