(Video) Beberapa Fungsi Menarik Pada Motorola Droid Razr

(Video) Beberapa Fungsi Menarik Pada Motorola Droid Razr

Diterbitkan pada November 20, 2011 oleh .

Salah satu peranti Android yang dimulakan jualan baru-baru ini adalah Motorola Droid Razr, yang mana turut ditawarkan bersama-sama dengan pakej Celcom pada harga serendah RM1308. Sebelum ini, kami pernah memperlihatkan rekabentuk dan antaramuka peranti dengan rekabentuk amat nipis ini, dan kini salah seorang pengguna Droid Razr memperlihatkan beberapa fungsi pada Droid Razr secara ringkas.

Antara fungsi menarik yang diperlihatkan adalah termasuk sokongan untuk mengubah saiz widget yang diletak mengikut citarasa pengguna sekaligus memberikan kawalan penuh pada skrin utama, selain sokongan Smart Action yang membolehkan anda menjalankan sesuatu perkara apabila anda membuat sesuatu pada telefon pintar anda seperti mencucuk handsfree dan sebagainya.

Selain daripada itu, Droid Razr juga didatangkan dengan fungsi khas termasuk MotoCast dan kebolehan sync dengan komputer dengan pantas. Sokongan audio pada peranti tersebut juga diperkatakan amat menarik.

Terima kasih Pawang Raja.


TIPS & ULASAN