Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah melalui ujian untuk beberapa bulan, akhirnya kini pihak pembangun Desura telah pun mengeluarkan klien mereka untuk Linux, membolehkan para pengguna Linux memainkan pelbagai permainan komputer, iaitu lebih daripada 65 permainan terus pada platform Linux mereka dengan mudah.

Melalui klien Desura, ia membolehkan para pemain memasang permainan yang mereka hendaki, selain menambah patch dan memainkan pada semua distro Linux dengan mudah.

Pada masa yang sama, Desura juga menjanji akan terus menambah katalog permainan yang ditawarkan untuk pengguna Linux, membolehkan pemain Linux turut menikmati permainan komputer dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun klien Desura, dan menikmati permainan yang ditawarkan bermula hari ini, dan mula menikmati pelbagai permainan pada komputer Linux anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd