Cari @ Amanz

Salah satu persoalan yang pernah kami terima melalui emel sebelum ini adalah dimana bagaimana menonton video dari YouTube terus pada desktop, tanpa menganggu aplikasi yang lain. Untuk mengatasi perkara ini, para pengguna yang berminat boleh menggunakan sebuah extension khas untuk Chrome dinamakan sebagai Picture-In-Picture.

Memandangkan ia menggunaakn extension Chrome, para pengguna boleh menggunakannya pada sebarang sistem dengan mudah. Secara ringkasnya, apabila anda memasang extension ini, ia akan memperlihatkan sebuah butang khas dibahagian bawah video yang dimainkan dinamakan sebagai PIP.

Dengan klik pada butang tersebut, sebuah tetingkap kecil akan dibuka, membolehkan anda menontonnya pada desktop dengan mudah. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang kami tidak suka dengan extension ini adalah dimana para pengguna tidak boleh gerakkan tetingkap yang dihasilkan sesuka hati seperti tetingkap lain, menjadikan kawalannya agak terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd