FourSquare Versi Islamik Bakal Diperkenalkan Pembangun Tempatan

FourSquare Versi Islamik Bakal Diperkenalkan Pembangun Tempatan

Diterbitkan pada November 21, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia kenali akan perkhidmatan FourSquare yang menawarkan lencana untuk beberapa perkara yang dilakukan. Dengan kaedah yang lebih kurang sama, salah satu perkhidmatan baru bakal diperkenalkan oleh para pembangun tempatan, mensasarkan pasaran global. Namun, buat masa ini, pembangun tersebut masih lagi merahsiakan nama perkhidmatan tersebut daripada kami.

Tambahan lagi, menurut pembangun tersebut, perkhidmatan baru ini bukanlah sekadar untuk mengumpulkan lencana sahaja, tetapi lebih daripada itu, yang akan memperkenalkan pelbagai fungsi menarik padanya. Pihak pembangun masih merahsiakan sepenuhnya apakah yang bakal dibawakan, dan mengatakan yang mana sokongan fungsi lencana ini hanya sekadar sebahagian kecil daripada apa yang bakal dibawakan oleh perkhidmatan tersebut.

Tarikh sasaran dan nama perkhidmatan ini dijangka akan diumumkan oleh pihak pembangun tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN