Kabel AAG Yang Menghubungkan Malaysia Dan Amerika Syarikat Menghadapi Masalah

Kabel AAG Yang Menghubungkan Malaysia Dan Amerika Syarikat Menghadapi Masalah

Diterbitkan pada November 21, 2011 oleh .

Salah satu kabel yang sering menghadapi masalah adalah AAG, dan hari ini Telekom Malaysia sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang mana mereka telah pun mendapati akan kabel tersebut sekali lagi menghadapi masalah, sekaligus memberikan efek kepada pelayaran web yang dihoskan dibeberapa buah negara oleh pengguna tempatan.

Menurut Telekom Malaysia, pelayaran web yang dihoskan di Amerika Syarikat, Asia Utara, dan juga Eropah menghadapi masalah, dan mungkin sedikit lambat berbanding kebiasaannya. Buat masa ini, tarikh blakah masalah ini akan diatasi masih lagi belum diketahui, dan bilakah proses pembaik-pulihan akan dilakukan juga masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini masalah yang serupa telah berlaku pada bulan lepas, yang mana telah diatasi pada penghujung bulan Oktober yang lepas.

TM detectd cable faults on AAG linkg Msia 2 US.Custs may exp svc degradatn whn accessg content hostd in US,North Asia&EU.Restoratn ongoing.
Nov 21 via webFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN