Aplikasi BilPlz Untuk Android, iPhone Dan BlackBerry Bakal Diperkenalkan Pada Tahun Hadapan

Aplikasi BilPlz Untuk Android, iPhone Dan BlackBerry Bakal Diperkenalkan Pada Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 21, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang masih ingat lagi dengan aplikasi pengurusan wang daripada pembangun tempatan yang diperkenalkan tidak lama sebelum ini, iaitu BilPlz. Kini nampaknya, BilPlz mungkin akan bergerak selangkah kehadapan, dan bukan sekadar sokongan emel sahaja diperkenalkan, malah mereka akan memperkenalkan aplikasi pengurusan kewangan untuk platform mudah-alih tidak lama lagi.

Pihak pembangun BilPlz kini sedang menjalankan sebuah bancian ringkas, dimana melalui bancian tersebut, ia kelihatan yang mana BilPlz bakal memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk para pengguna Android, iPhone dan juga BlackBerry. Mendukacitakan adalah dimana memandangkan para pengguna tempatan, masih lagi majoriti menggunakan Symbian, dan kumpulan tersebut diabaikan oleh pembangun tersebut dalam bancian tersebut.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh menyertainya, yang mana bagi kami, bancian tersebut lebih kepada mengumpulkan alamat emel sahaja, memandangkan soalan yang ditanya tidak seperti mengumpulkan sebarang data menarik, selain hanya memberikan petanda mereka bakal melancarkan aplikasi BilPlz untuk Android, iPhone dan juga BlackBerry sahaja.


TIPS & ULASAN