Siri Berjaya Digodam Untuk Digunakan Bersama-sama Dengan Perkakasan Lain

Siri Berjaya Digodam Untuk Digunakan Bersama-sama Dengan Perkakasan Lain

Diterbitkan pada November 21, 2011 oleh .

Semua semestinya sedia kenali akan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengan iPhone 4S, dinamakan sebagai Siri. Jikalau sebelum ini, kita hanya sekadar melihat Siri digodam untuk dijalankan pada beberapa peranti lain, terutamanya iPhone 4, kini salah seorang pembangun telah mengodam sokongan Siri untuk dijalankan pada pelayan proxy dan digunakan untuk mengawal peranti lain dengan mudah.

Melalui demo yang diperlihatkan, pembangun tersebut memperlihatkan kebolehan Siri untuk mengawal termostat berasaskan WiFi terus melalui Siri. Ia sekaligus membolehkan para pengguna mengawal barang elektonik yang disambungkan terus melalui kawalan suara.

Namun, ia mungkin hanya langkah awal. Mungkinkah kelak Apple akan memperkenalkan sendiri sokongan Siri untuk mengawal peranti lain dengan membuka API-nya untuk pembangun lain?


TIPS & ULASAN