Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah tulis akan mengenai rekabentuk baru YouTube yang telah pun dimulakan ujiannya. Dan salah satu pertanyaan ketika itu adalah bagaimana untuk mendapatkan rekabentuk tersebut. Walaupun ketika itu kami tidak ketahui akannya, kini semua pengguna sudah boleh menggunakan rekabentuk baru ini dengan hanya menambah sedikit kod JavaScript sahaja.

Pengguna Chrome

Semestinya bagi pengguna Chrome, yang mana menggunakan produk Google, perubahan ini dapat diaktifkan dengan lebih mudah, dimana anda hanya perlu menambah kod JavaScript berikut pada Console.

Anda boleh membuka YouTube.com, dan aktifkan Console dengan klik pada Tools dan memilih JavaScript Console ataupun dengan hanya tekan akan CTRL + SHIFT + J pada pelayar web anda. Seterusnya anda hanya perlu menambah kod berikut padanya :

document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=ST1Ti53r4fU";

Kemudian, tutup kembali Console tersebut, dan Refresh semula halaman YouTube.com dan anda akan dapat melihat antaramuka baru tersebut.

Pengguna Firefox

Lebih kurang sama bagi pengguna Firefox, anda hanya perlu membuka laman YouTube.com dan seterusnya membuka konsol pada Firefox dengan menekan Ctrl + Shift + K, dan menambah kod berikut:

document.cookie="VISITOR_INFO1_LIVE=ST1Ti53r4fU";

Tutup semula konsol tersebut, dan buka kembali laman YouTube.com dan anda akan melihat rekabentuk baru padanya.

Lain-lain Pelayar Web

Seperti semua sedia maklum, para pengguna hanya perlu menambah kod JavaScript berikut pada konsol pelayar web masing-masing, dan seterusnya anda boleh aktifkan rekabentuk baru tersebut.

Apa Yang Berbeza

Melalui rekabentuk baru ini, ia membawakan beberapa perubahan, termasuk sokongan integrasi Facebook, Twitter, dan beberapa laman sosial yang lain padanya. Selain daripada itu, halaman utama kini kelihatan lebih menarik, dimana ia diintegrasikan dengan sokongan Google+, anda boleh melihat segala kemaskini rakan anda dan video yang dikongsikan padanya dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd