Flash Untuk Android 4.0 Akan Menjadi Versi Terakhir Untuk Android

Flash Untuk Android 4.0 Akan Menjadi Versi Terakhir Untuk Android

Diterbitkan pada November 22, 2011 oleh .

Dengan pengumuman penamatan sokongan Flash untuk platform mudah-alih, kini Adobe telah pun mengeluarkan pengumuman mengatakan yang mana Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan menjadi platform terakhir disokong dengan Flash, dan kemaskini Flash untuknya akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2011 ini.

Ia juga sekaligus memperlihatkan yang mana Android 5.0 dan seterusnya akan menjadi platform bebas daripada Flash, dan memfokuskan pada platform lain, seperti HTML5 dan lain-lain. Lebih-lebih lagi dengan dunia yang kini beralih pada platform mudah-alih, kini telah menjadi tugas setiap pembangun web dan aplikasi menjadikan aplikasi mereka mesra peranti mudah-alih, dan mungkin Flash akan menjadi kurang popular secara berperingkat.

Google dijangka akan memperkenalkan Android versi seterusnya pada April tahun hadapan, ketika acara tahunan mereka Google I/O. Buat masa ini, maklumat mengenainya masih lagi tidak diketahui lagi, dan beberapa ura-ura memperkatakan yang ia akan dikenali sebagai Jelly Bean.


TIPS & ULASAN