Carian
Facebook Dilaporkan Sedang Bekerjasama Bersama HTC Membangunkan Telefon Facebook
November 22, 2011 Aman

Salah satu ura-ura yang kedengaran sejak daripada tahun lepas adalah mana mengatakan Facebook sedang membangunkan telefon pintar mereka tersendiri. Dan kini, ia sekali lagi muncul, membawakan pelbagai maklumat tambahan, dimana ia kini diperkatakan Facebook akan bekerjasama bersama-sama dengan pihak HTC dalam membangunkan peranti pintar mereka itu, yang mana kini dikenali sebagai Buffy.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah telefon Facebook ini akan dimulakan jualannya. Peranti ini juga dilaporkan akan menggunakan Android yang telah diubah-suai kebanyakannya, yang mana turut akan menyokong aplikasi HTML5 terus pada peranti tersebut.

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih lagi tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Sebelum ini, HTC sendiri telah memperkenalkan beberapa peranti mereka dengan sokongan butang Facebook padanya.

Komen