Microsoft Menjadikan Pemasangan Dan Kemaskini Kepada Windows 8 Lebih Mudah

Microsoft Menjadikan Pemasangan Dan Kemaskini Kepada Windows 8 Lebih Mudah

Diterbitkan pada November 22, 2011 oleh .

Nampaknya, Microsoft benar-benar memberikan perhatian yang serius pada pembangunan Windows 8 dalam menjadikan ianya semesra mungkin dengan pengguna. Setelah memperkenalkan beberapa perubahan sebelum ini, hari ini pihak pembangun Windows 8 memperlihatkan fungsi pemasangan sistem operasi tersebut yang mana mengintegrasikan beberapa perubahan bersama-sama dengannya.

Windows 8 juga dilihat sebelum dipasang, akan menjalankan ujian sistem terlebih dahulu, melihat samada adakah ia akan menyokong Windows 8 ataupun tidak, dan adakah terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dijalankan dan sebagainya. Setelah semuanya selesai diuji, pengurus muat-turun terbina akan menyemak versi Windows 8 yang bersesuaian dengan sistem tersebut.

Kemudian pemasangan akan dimulakan, dimana para pengguna akan diberikan pilihan untuk memasang terus, atau memasang pada bahagian (partition) lain. Menurut Microsoft, kemaskini sistem daripada Windows 7 kepada Windows 8 adalah lebih mudah berbanding sebelumnya, dan kini pengguna akan dapat memasangnya dengan kurang 82% klik berbanding sebelum ini.

Buat masa ini, Windows 8 masih lagi dalam proses pembangunan dan dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mendapatkan Windows 8 Dev-Preview dan mengujinya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN