Facebook Memulakan Ujian Aplikasi Facebook Messenger Untuk Desktop

Facebook Memulakan Ujian Aplikasi Facebook Messenger Untuk Desktop

Diterbitkan pada November 22, 2011 oleh .

Sebelum ini, ia pernah diperkatakan yang mana Facebook sedang membangunkan aplikasi desktop mereka tersendiri, dan hari ini, Facebook telah pun memulakan ujian tertutup untuk aplikasi Facebook Messenger untuk Windows, membolehkan para pengguna mengikuti kemaskini Facebook dengan mudah terus melalui desktop Windows mereka. Walaubagaimanapun, ia masih lagi pada peringkat ujian tertutup buat masa ini.

Ia dilaporkan yang mana aplikasi desktop Facebook Messenger ini hanya menyokong Windows 7 sahaja buat masa ini, dan bagi mereka yang terpilih, mereka akan dapat melihat sebuah pautan ringkas pada halaman utama Facebook, membolehkan mereka memuat-turun dan menggunakannya, selain menghantarkan maklum balas berkaitan aplikasi tersebut.

Sebelum ini, Facebook juga turut sama telah memperkenalkan aplikasi Facebook Messenger untuk Android, iOS dan juga BlackBerry, dan kini ia terus memasuki arena desktop melalui Windows 7.

Jadi, ada sesiapa pembaca Amanz yang telah dapat menguji aplikasi Facebook Messenger untuk desktop ini?


TIPS & ULASAN