(Video Disebalik Tabir) Ujian Siri Pada iPhone 4S

(Video Disebalik Tabir) Ujian Siri Pada iPhone 4S

Diterbitkan pada November 22, 2011 oleh .

Salah satu fungsi menarik dan menjadikannya unik adalah sokongan Siri, yang membawakan sokongan pintar buatan pada peranti pintar tersebut. Kami pada minggu lepas telah pun dapat menguji beberapa perkara padanya, dan seperti biasa, telah pun merakamkan aksi ujian tersebut. iPhone 4S dijangka akan berada di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan hadapan.

Melalui apa yang kami dapati dalam ujian ringkas yang dapat dilakukan bersama-sama Siri, ia masih lagi tidak begitu mesra dengan sebutan para pengguna tempatan, dan beberapa perkara salah diinterprasikan oleh Siri. Pada masa yang sama, untuk mematikan sesuatu perkara atau carian yang dilakukan, terpaksa terlebih dahulu keluar daripada Siri, dan memulakan kembali. Anda dapat melihat daripada video tersebut, dimana apabila kami meneruskan carian untuk perkara baru secara bersambungan, Siri gagal berfungsi.

Kami sendiri masih perlu melalui pelbagai ujian lagi bersama-sama Siri sebelum dapat mengeluarkan ulasan sepenuhnya mengenainya. Sama-sama kita nantikan pelancarannya di Malaysia pada bulan hadapan, dimana ia diperkatakan iPhone 4S akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Disember.


TIPS & ULASAN