Cari @ Amanz

Salah satu peranti yang telah diperkenalkan oleh Nokia baru-baru ini adalah peranti berasaskan MeeGo, iaitu Nokia N9. Menariknya setelah ramai yang tidak mempercayai sokongan daripada pihak Nokia terhadap MeeGo, mereka telah pun mengeluarkan kemaskini pertama untuknya, dikenali sebagai PR1.1.

Bagi semua pengguna sedia ada, anda sudah boleh mengemaskini sistem anda kepada PR1.1 yang mana membawakan beberapa kemaskini pada platform tersebut. Antara kemaskini yang dibawakan melaluinya termasuk kemaskini pada aplikasi sosial mereka, Facebook dan juga Twitter.

Selain daripada itu, prestasi dan kepantasan platform tersebut juga dilaporkan telah dipertingkatkan, Kemaskini baru ini juga membolehkan anda mengawal lagu dengan mudah pada skrin kunci. Beberapa kemaskini yang lain turut sama dibawakan pada Nokia N9 melalui kemaskini ini.

Kami akan mengulas dengan lebih mendalam mengenai Nokia N9 ini bersama-sama dengan kemaskini baru dalam masa beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd