Pasaran Permainan Video Di Malaysia Dijangka Meningkat Drastik

Pasaran Permainan Video Di Malaysia Dijangka Meningkat Drastik

Diterbitkan pada November 22, 2011 oleh .

Permainan komputer semestinya merupakan salah satu cara untuk menghilangkan kebosanan, dan melalui sebuah laporan yang dikeluarkan, ia memperlihatkan yang mana rantau Asia Tenggara akan memperlihatkan peningkatan drastik dari segi industri permainan video, dan bakal menjadi antara pasaran utama dalam masa beberapa tahun lagi.

Antara negara yang diperkatakan akan memberikan impak yang besar, termasuklah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan juga Vietnam. Ia diperkatakan antara perkara utama yang akan meningkatkan industri pada negara tersebut adalah permainan sosial, dan juga permainan atas-talian yang menghubungkan pemain dengan pemain yang lain.

Menurut laporan yang dikeluarkan juga, menjelang 2015, ia disasarkan yang mana enam buah negara ini akan mempunyai lebih daripada 100 juta pemain yang mana akan menjana pendapatan tahunan sebanyak lebih daripada $1 billion.


TIPS & ULASAN