Google+ Menambah Fungsi Sokongan Efek Pada Video Hangout

Google+ Menambah Fungsi Sokongan Efek Pada Video Hangout

Diterbitkan pada November 23, 2011 oleh .

Selain memperkenalkan fungsi sembang teks semalam pada Google+, hari ini, ia dilihat yang mana Google mula mengintegrasikan beberapa sokongan pengecaman wajah pada fungsi popular Hangout mereka, dimana salah satu fungsi dinamakan sebagai Moustache diperkenalkan. Kami tidak pasti samada adakah perkara ini telah lama atau baru sahaja diperkenalkan.

Melalui fungsi tersebut, ia membolehkan para pengguna untuk menambah misai maya pada muka mereka, dimana grafik tersebut mengikut kemana sahaja pengguna menggerakkan muka, memperlihatkan fungsi pengecaman wajah yang menarik diintegrasikan pada Google+.

Mungkin dalam usaha menjadikan Google+ Hangout terus menarik, mereka akan terus memperkenalkan beberapa fungsi dalam mengubah video yang dipaparkan dalam masa-nyata, sekaligus menjadikan anda sembang dengan rakan anda dengan gaya tersendiri dan mencuit hati lagi.

Jadi, sudahkah anda mencuba fungsi baru ini?


TIPS & ULASAN