Cari @ Amanz

Dengan fokus Google pada Google+, dan beberapa produk yang lain, sebelum ini Google telah pun mengumumkan untuk menghentikan sokongan dan pembangunan beberapa produk, dan bilangan produk tersebut terus bertambah apabila hari ini mereka mengumumkan tambahan beberapa produk lagi yang mana turut akan dimatikan tidak lama lagi.

Lebih daripada 7 produk mereka diumumkan akan dimatikan, termasuk Google Gears yang pernah diumumkan sebelum ini. Antara produk lain yang turut diumumkan akan menerima nasib yang lebih kurang sama adalah Google Bookmarks Lists, Google Friend Conect, Google Gears, Google Search Timeline, Google Wave, dan juga Knol.

Sebelum ini sendiri Google telah mengumumkan akan mematikan pembangunan Google Gears, dan bermula daripada 1 Disember kelak, sokongan Gears pada GMail dan Calendar akan dibuang, selain mana tidak lagi boleh dimuat-turun, sekaligus membolehkan Google memfokuskan sepenuhnya pada HTML5.

Google Wave juga telah dimatikan pembangunan pada tahun lepas, dan bermula daripada 30 April 2012 kelak, ia akan dimatikan sepenuhnya. Google Friend Connect pula dimatikan untuk membolehkan Google mempromosikan Google+ Pages, sementara Knol yang memfokuskan pada kandungan akan dimatikan pada 30 April 2012 dan membolehkan para pengguna yang berminat memindahkan data mereka ke WordPress.com dengan mudah melalui perkhidmatan mereka.

Mungkin dari semasa ke semasa, kita akan terus dapat melihat Google mengemaskini perkhidmatan mereka, dan mematikan beberapa perkhidmatan lain yang tidak mendapat perhatian pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd