Carian
Microsoft Mengumumkan Kinect Untuk Windows – Bakal Dilancarkan Tahun Hadapan
November 23, 2011 Aman

Kinect merupakan salah satu teknologi baru yang mendapat perhatian ramai dari hari ke hari, dan kini Microsoft secara rasminya telah pun mengumumkan melalui blog rasmi mereka, mengatakan yang mana mereka akan melancarkan perkakasan khas Kinect untuk Windows pada tahun hadapan, sekaligus mengintegrasikan Kinect bersama-sama komputer dan desktop Windows dengan mudah.

Ia diperkatakan yang mana perkakasan dan perisian yang bakal diperkenalkan itu, telah dioptimasikan sepenuhnya untuk penggunaan PC, membolehkan para pengguna mengawal pelbagai perkara dengan mudah dengan jarak antara perkakasan Kinect yang dekat, berbeza dengan penggunaan Kinect di ruang tamu seperti sebelum ini.

Beberapa hari sebelum ini juga Microsoft menawarkan pelbagai bantuan kepada pembangun Kinect untuk membangunkan aplikasi untuknya, dan kini dengan sokongan Kinect untuk PC, mungkin kita akan dapat melihat ia digunakan secara meluas lagi dalam masa akan datang.

Komen