Beberapa Video Rasmi #SVC2M Yang Diadakan Di Malaysia Kini Di YouTube

Beberapa Video Rasmi #SVC2M Yang Diadakan Di Malaysia Kini Di YouTube

Diterbitkan pada November 23, 2011 oleh .

Silicon Valley Comes To Malaysia merupakan salah satu acara yang telah diadakan lebih kurang 4 minggu yang lepas. Dan bagi yang terlepas acara menarik yang menghubungkan ramai usahawan berasaskan teknologi ini, kini penganjurnya, StartupMalaysia telah pun memuat-naik video persembahan oleh ramai penyampai dan tokoh IT seluruh dunia pada saluran YouTube mereka.

Buat masa ini, hanya lebih kurang dua video persembahan sahaja yang telah dimuat-naik oleh mereka, mungkin berdasarkan permintaan popular para hadirin dan komuniti Mungkin kita akan dapat melihat senarai penuh video untuk acara tersebut dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya, dan sementara itu, lihat terlebih dahulu beberapa video yang disediakan penganjurnya.


TIPS & ULASAN