Carian
Asus Transformer Prime Dengan Android Ice Cream Sandwich Diperlihatkan
November 23, 2011 Aman

Asus Transformer Prime merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai, dan disasarkan untuk dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Januari tahun hadapan. Dan kini, dengan hanya beberapa hari selepas Google melancarkan kod sumber untuk Android 4.0 – Ice Cream Sandwich, kini pembangun Transformer Prime telah pun memperlihatkan sebuah video ringkas menunjukkan tablet tersebut dengan platform Android yang terkini itu.

Memandangkan ianya turut dijana menggunakan NVIDIA Tegra 3, prestasi yang diperlihatkan agak menarik, dimana ia membawakan sokongan untuk memainkan video dalam bentuk HD, selain memainkan permainan video dengan grafik yang amat cantik sekali.

Asus Transformer Prime merupakan salah satu peranti terawal yang menggunakan cip pemprosesan empat-teras padanya melalui NVIDIA Tegra 3 dan dijangka akan berada di pasaran tempatan pada awal tahun hadapan.

Komen