BlackBerry Bold 9790 Dan Curve 9380 Dilancarkan Di Malaysia

BlackBerry Bold 9790 Dan Curve 9380 Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada November 23, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan peranti baru BlackBerry sebelum ini, hari ini, Research In Motion secara rasminya mengumumkan pelancaran BlackBerry Bold 9790 dan juga BlackBerry Curve 9380 untuk pasaran Malaysia. Ia juga diperkatakan yang mana UMobile bakal mengumumkan pakej mereka untuk peranti BlackBerry ini tidak lama lagi.

Secara ringkasnya, kedua-dua peranti ini membawakan rekabentuk yang amat menarik, dan menggunakan sistem operasi BlackBerry OS 7 padanya. Kedua-dua peranti ini bakal berada di pasaran Malaysia melalui pengedar rasmi seluruh negara.

Bold 9790 membawakan skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY padanya, cip pemprosesan 1GHz, memori terbina 8GB, sementara BlackBerry Curve 9380 membawakan skrin sentuh sepenuhnya seluas 3.2-inci dan juga kamera terbina 5-megapixel padanya.


TIPS & ULASAN