Nampaknya, selepas perang iklan antara Apple dan Microsoft berlaku sebelum-sebelum ini dalam dunia perkomputeran, kini ia berterusan, dimana melibatkan Samsung dan juga Apple dalam dunia telefon pintar. Selain daripada perang yang berlaku dari segi paten dan saman-menyaman, kini Samsung telah pun mengeluarkan sebuah video ringkas mempromosikan telefon pintar mereka.
Melalui video tersebut, ia memperlihatkan para pengguna yang sedang beratur untuk membeli telefon pintar Apple terpesona dengan Samsung Galaxy S2, selain memperlihatkan perbandingan dari segi skrin secara ringkas padanya.
Sebelum ini, Samsung turut sama telah berjaya melangkaui Apple dari segi jualan telefon pintar, dan kini dengan iklan terbaru mereka ini, adakah ia akan terus memberikan impak besar kepada Samsung?