Carian
FourSquare Memperkenalkan Rekabentuk Antaramuka Laman Yang Serba Baru
November 23, 2011 Aman

Nampaknya selain daripada sokongan lencana yang serba baru diperkenalkan pada FourSquare, mereka juga kini telah mengemaskini rekabentuk laman utama mereka, memberikan nafas yang serba baru, serta pada masa yang sama membolehkan para pengguna mendaftarkan akaun menggunakan akaun Facebook ataupun emel seperti biasa.

Selain daripada rekabentuk halaman utama, rekabentuk profil dan juga beberapa komponen dalam turut diberikan nafas baru, dimana kini notifikasi turut diperlihatkan pada bahagian atas bersebelahan dengan logo, serta menggunakan pewarnaan yang lebih mesra dan cerah lagi.

Para pengguna juga diperlihatkan dengan lokasi semasa mereka, selain turut memperlihatkan kemaskini daripada rakan-rakan pada bahagian bawahnya. Memandangkan ramai pengguna FourSquare menggunakan aplikasi mudah-alih, mungkin mereka tidak akan perasan akan perubahan antaramuka yang diperkenalkan pada laman utama mereka ini.

Terima kasih @snazzybizarre

Komen