Pelanggan UniFi Berdaftar Melangkaui Angka 200,000 Orang

Pelanggan UniFi Berdaftar Melangkaui Angka 200,000 Orang

Diterbitkan pada November 24, 2011 oleh .

Telekom Malaysia telah pun sedia memperlihatkan perkembangan yang amat positif daripada pembangunan UniFi, kepada angka pelanggan yang mendaftar dengan mereka, dimana kini Telekom Malaysia telah pun mengumumkan yang mana mereka telah pun melangkaui lebih daripada 200,000 pelanggan UniFi berdaftar, lebih awal daripada tempoh masa yang disasarkan oleh mereka.

Sebelum ini, untuk mencapai angka yang serupa untuk perkhidmatan jalur-lebar Streamyx, mereka telah mengambil masa lebih kurang 3 tahun lamanya, tetapi perkara sama dapat diatasi dengan mudah oleh UniFi dalam tempoh yang lebih singkat, walaupun UniFi hanya diperkenalkan pada beberapa fasa sahaja buat masa ini.

Pada masa yang sama, kini UniFi terdapat di lebih daripada 77 kawasan pertukaran, meliputi lebih 1.09 juta premis dan kediaman. Angka liputan UniFi di kawasan Lembah Klang dan beberapa kawasan yang lain juga meningkat dengan drastik. Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan sihat dunia jalur-lebar berkelajuan tinggi pada tahun hadapan, dengan mana Maxis, TIME, P1 dan beberapa nama lain turut sama mula menumpukan perhatian padanya.


TIPS & ULASAN