Carian
Samsung Galaxy Tab 7 Plus Telah Tiba Di Malaysia – Jualan Akan Dimulakan Tidak Lama Lagi
November 24, 2011 Aman

Hari ini, Samsung Malaysia melalui halaman Facebook mereka telah pun mengumumkan mengenai Galaxy Tab 7 Plus, dimana diperkatakan akan dilancarkan tidak lama lagi, dan stok untuknya telah pun tiba di Malaysia. Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman rasmi daripada pihak Samsung berkaitan dengan peranti ini dalam masa beberapa hari lagi.

Buat masa ini, harga rasmi untuk Galaxy Tab 7 Plus tidak pun diketahui lagi. Namun, salah satu pengedar di Malaysia, iaitu IMCC Network telah pun mengumumkan harga jualannya di Malaysia kelak adalah sekitar RM1699. Namun mungkin harga jualan akhirnya ketika pengumuman rasmi akan berubah.

Melalui Galaxy Tab 7 Plus, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, menggunakan Android 3.2 Honeycomb dengan antaramuka TouchWiz, skrin sentuh seluas 7-inci, kamera belakang 3.15-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Seperti generasi pertama, Galaxy Tab 7 Plus juga dilaporkan menyokong panggilan suara, salah satu fungsi yang menjadi permintaan ramai pengguna.

Ia masih lagi tidak diketahui samada adakah syarikat telekomunikasi tempatan akan menawarkan peranti ini dengan pakej dan pelan mereka ataupun tidak.

Komen