Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum bahawa Microsoft Office, seperti Windows turut didatangkan dalam pelbagai variasi. Salah satu daripadanya adalah Microsoft Office Starter yang didatangkan bersama pembelian laptop atau komputer Windows yang baru, membolehkan anda membuat beberapa perkara asas dengan mudah. Menariknya, dilihat aplikasi tersebut turut boleh dimuat-turun oleh pengguna seluruh dunia.

Untuk makluman semua, Microsoft Office 2010 Starter yang boleh dimuat-turun terus melalui pelayan Microsoft ini hanya disokong pada Windows Vista dan juga Windows 7 sahaja. Melaluinya, para pengguna boleh membuka dan mengubah-suai akan dokumen Word dan juga Excel, iaitu dua dokumen popular dan sering digunakan pelbagai pihak.

Jadi, bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Office 2010 Starter hari ini untuk membuat perkara asas, atau dapatkan versi penuhnya untuk membuat pelbagai perkara tambahan. Sebagai alternatif, mungkin anda juga boleh mencuba beberapa program alternatif seperti OpenOffice atau LibreOffice, ataupun menggunakan perkhidmatan berasaskan web seperti Google Docs ataupun Office Web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd