Samsung Galaxy Tab 8.9 sebelum ini telah pun dimulakan jualannya melalui pengedar rasmi seluruh negara pada harga RM1699. Kini, selepas beberapa minggu, Celcom turut sama mula menawarkan peranti tersebut bersama-sama dengan pakej Celcom Broadband, membolehkan para pengguna mendapatkannya pada harga serendah RM1288.
Melalui Galaxy Tab 8.9, ia membawakan Android 3.1 Honeycomb, skrin seluas 8.9-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera hadapan 2-megapixel, kamera belakang 3-megapixel dan juga storan terbina sebesar 16GB.
Melalui Celcom, dua pilihan pelan diberikan, iaitu Celcom Broadband Basic dengan komitmen bulanan sebanyak RM68 sebulan ataupun Celcom Broadband Advance pada komitmen bulanan sebanyak RM98 sebulan.