Populariti Ubuntu Semakin Merudum – Adakah Salah Antaramuka Unity?

Populariti Ubuntu Semakin Merudum – Adakah Salah Antaramuka Unity?

Diterbitkan pada November 24, 2011 oleh .

Ubuntu Linux merupakan salah satu sistem operasi berasaskan Linux yang popular. Namun, akhir-akhir ini, ia kelihatan populariti Ubuntu semakin merudum, dimana mengikut data yang dikeluarkan daripada DistroWatch, Ubuntu kini menduduki tangga ke-empat, diatasi oleh Fedora, Mint dan openSUSE. Dan pada masa yang sama, Royal Pingdom turut sama telah mengeluarkan grafik memperlihatkan dunia sistem operasi terbuka sejak 2005 sehingga sekarang.

Mengikut apa yang diperlihatkan, Ubuntu mengalami penurunan sejak daripada 2005, dan mengalami penurunan drastik pada tahun ini, berbeza dengan Linux Mint yang mana kini merupakan sistem operasi berasaskan Linux yang paling popular dikalangan pengguna Linux. Menariknya adalah Fedora yang mana memperlihatkan tiada perubahan drastik sejak daripada tahun 2005, dan masih kekal dengan kedudukannya.

Jadi, mungkinkah dalam tahun-tahun akan datang, kita akan melihat perubahan drastik pada dunia sistem operasi sumber terbuka Linux ini?


TIPS & ULASAN