Ultrabook Daripada Toshiba – Portege Z830 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Ultrabook Daripada Toshiba – Portege Z830 Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada November 24, 2011 oleh .

Setelah Acer, Asus dan Lenovo melancarkan Ultrabook masing-masing untuk pasaran Malaysia, kini Toshiba turut sama melancarkan ultrabook keluaran mereka untuk pasaran Malaysia, dimana ia didatangkan dalam dua variasi, dan bermula pada harga serendah RM3999 untuk jualan tempatan. Menariknya adalah ia menggunakan SSD sebagai ruangan storan untuknya.

Ultrabook daripada Toshiba yang dibawah keluaran Portege ini didatangkan dalam variasi Intel Core i5 1.6GHz bersama Windows 7 Home Premium pada harga RM3999 ataupun Intel Core i7 1.8GHz bersama Windows 7 Professional pada harga RM4799. Kedua-duanya membawakan jangka masa bertahan bateri yang lama, serta mempunyai ruangan storan berasaskan SSD seluas 128GB, dan juga memori sebanyak 6GB RAM.

Kedua-dua variasi ultrabook daripada Toshiba, iaitu Toshiba Portege Z830 ini boleh didapati daripada pengedar rasmi seluruh negara bermula hari ini.


TIPS & ULASAN