Office 15 Versi Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Januari?

Office 15 Versi Beta Bakal Dilancarkan Pada Bulan Januari?

Diterbitkan pada November 24, 2011 oleh .

Selain daripada Windows 8 yang kini dalam pembangunan dan akan memasuki fasa beta tidak lama lagi, kini ia turut diura-ura akan yang mana Microsoft bakal mengeluarkan Office 15 Beta pada bulan Januari kelak. Dengan antaramuka Metro yang menjadi keutamaan pada aplikasi Microsoft akhir-akhir ini, Office 15 juga turut sama akan membawakan antaramuka yang sama, dengan beberapa perkara tambahan.

Salah satu perkara yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Office 15 adalah aplikasi yang dinamakan sebagai Moorea, yang mana membolehkan para pengguna membuat dokumen yang ringkas dan bernavigasi antara dokumen dan gambar dengan mudah dan pantas.

Mungkin kita akan dapat tahu lebih banyak perkara berkaitan Office 15 pada bulan Januari kelak, dimana versi beta pertama dilaporkan akan dikeluarkan pada penghujung Januari kelak. Sama-sama kita nantikan aplikasi pejabat generasi baru daripada Microsoft ini.

Sumber paparan antaramuka daripada Windows8Italia.


TIPS & ULASAN