Yes Turut Sama Menawarkan Galaxy Tab 8.9 Bersama Yes Huddle

Yes Turut Sama Menawarkan Galaxy Tab 8.9 Bersama Yes Huddle

Diterbitkan pada November 25, 2011 oleh .

Selain daripada Celcom, nampaknya, Yes turut sama menawarkan peranti terkini daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Tab 8.9 melalui pakej khas mereka, membolehkan para pengguna menggunakan tablet terkini daripada Samsung itu, selain mana turut menikmati kelajuan yang pantas bersama-sama dengannya. Namun begitu, bukanlah versi 4G yang ditawarkan, sebaliknya didatangkan bersama-sama dengan Yes Huddle melalui sebuah pakej khas.

Melalui Yes Huddle, para pengguna boleh aktifkan WiFi padanya, dan berkongsi dengan lebih kurang 5 peranti yang lain. Ini bermakna, selain daripada hanya menggunakan internet Yes bersama Galaxy Tab 8.9 yang baru itu, para pengguna juga boleh menggunakannya bersama-sama dengan laptop dan juga telefon pintar yang lain.

Yes menawarkan Samsung Galaxy Tab 8.9 ini pada harga RM1299 dan bersama-sama dengan pakej Yes Huddle, memerlukan para pengguna membayar sebanyak RM539 iaitu untuk peranti Huddle bernilai RM399, Yes ID bernilai RM50 dan juga kredit bulanan sebanyak RM90 iaitu RM30 untuk 3 bulan. Maka secara keseluruhan pengguna hanya perlu membayar RM1679, dan masih dapat berjimat sedikit berbanding harga peranti tersebut diluar pada harga RM1699.


TIPS & ULASAN